Memandangkan esok bersamaan dengan 28 Julai 2014 (1 Syawal 1435H) merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa, menahan kelaparan dan dahaga.
Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon MAAF dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki diatas SEGALA KESALAHAN yang DISEDARI dan yang TIDAK DISEDARI...yang SECARA SENGAJA dan yang SECARA TIDAK SENGAJA...
Dihari yang mulia ini juga saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam yang meraikan Hari Raya ini.
Disamping itu tidak dilupakan kepada ahli keluarga MH370 yang masih tidak ditemuai & MH17 yang terkorban dalam nahas kapal terbang itu, diharapkan dapat bersabar dan berdoa semoga mereka dapat kembali dalam keadaan selamat hendak nya (MH370) dan roh2 mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman hendaknya (MH17). "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya"
#PRAY4GAZA# #SUPPORT4GAZA#
Semoga satu hari nanti Palestin #GAZA akan diberi hak yang sepatutnya dan berharap segala yang berlaku disana memberi hikmah yang besar kepada mereka disana kerana sudah banyak nyawa manusia dan haiwan yang tidak bersalah mati disebabkan pergolakan yang berlaku di bumi Gaza itu.
Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan yang tinggi kepada mereka di Gaza.
"Dari jauh ku hantar doa, kerana doa lah senjata paling berkesan bagi umat Islam"
Disini saya share satu video tiga jejaka miming lagu raya dengan gaya tersendiri. Enjoy ^_^
Sekian untuk entry ini...wassalam ^_^