Sunday, July 27, 2014

#2: SELAMAT HARI RAYA 2014

Assalamualaikum...

Memandangkan esok bersamaan dengan 28 Julai 2014 (1 Syawal 1435H) merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa, menahan kelaparan dan dahaga.

Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon MAAF dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki diatas SEGALA KESALAHAN yang DISEDARI dan yang TIDAK DISEDARI...yang SECARA SENGAJA dan yang SECARA TIDAK SENGAJA...

Dihari yang mulia ini juga saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam yang meraikan Hari Raya ini.

Disamping itu tidak dilupakan kepada ahli keluarga MH370 yang masih tidak ditemuai & MH17 yang terkorban dalam nahas kapal terbang itu, diharapkan dapat bersabar dan berdoa semoga mereka dapat kembali dalam keadaan selamat hendak nya (MH370) dan roh2 mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman hendaknya (MH17). "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya"

#PRAY4GAZA# #SUPPORT4GAZA#

Semoga satu hari nanti Palestin #GAZA akan diberi hak yang sepatutnya dan berharap segala yang berlaku disana memberi hikmah yang besar kepada mereka disana kerana sudah banyak nyawa manusia dan haiwan yang tidak bersalah mati disebabkan pergolakan yang berlaku di bumi Gaza itu.
Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan yang tinggi kepada mereka di Gaza.
"Dari jauh ku hantar doa, kerana doa lah senjata paling berkesan bagi umat Islam"

Disini saya share satu video tiga jejaka miming lagu raya dengan gaya tersendiri. Enjoy ^_^


Sekian untuk entry ini...wassalam ^_^

Tuesday, March 11, 2014

#1: Sebab musabab nye wat blog nh

Assalamualaikum kepada orang yang baca blog ni...*eh tapi ada ke yg baca blog ni..ya lah blog ni pun baru aje dibuat...hehehe...

Tak kisah lah ada orang baca ke tak sebab saya buat blog ni pun bukan nak orang baca/follow(perasan je...nak ke orang follow kan hehehe...) ok back to the topic...sebenarnya saya buat blog ni sebab saya nak follow blogger lain kat luar tu...

Nak tahu saya ni suka sangat membaca terutamanya cerpen dan novel...walaupun ada sesetengah orang kata cerpen & novel ni melekakan & tidak mendatangkan faedah...tapi bagi saya itu semua tidak betul sebab apabila saya baca cerpen/novel, saya dapat mengetahui tentang dunia di luar sana, tentang perangai manusia yang walaupun rambut sama hitam tapi hati lain-lain...memang banyak ilmu-ilmu yang saya dapat melalui pembacaan cerpen/novel ini...saya rasa pembaca cerpen/novel juga setuju dengan pendapat saya ni kan...

Melalui pembacaan juga, saya dapat menyelami perasaan orang yg melalui pengalaman yang mustahil untuk saya rasai sebab bukan diri sendiri yang melalui nya...saya sentiasa membayangkan diri saya berada di tempat hero/heroin dalam cerpen/novel yang saya baca...apabila membaca cerpen/novel berkisarkan kehidupan dan kekeluargaan, sentiasa menyedarkan saya betapa beruntungnya saya masih merasai nikmat mempunyai ibu ayah yang sentiasa menyokong saya dan adik-adik yang sentiasa menghiburkan serta memeningkan kepala dengan perangai masing-masing...untuk itu saya sentiasa bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk merasai nikmatNya itu...

Banyak lagi manfaat dan faedah yang kita bole dapat melalui pembacaan ni kan...saya rasa semua pun tahu kebaikan  membaca dan tak semestinya bahan bacaan itu harus lah cerpen/novel kan bagi yang tak berminat nak baca cerpen/novel tulah...banyak lagi bahan bacaan yang boleh dibaca...tapi saya nak ingatkan lah kepada pembaca semua agar bijak memilih bahan bacaan mengikut umur...maksudnya disini membaca lah bahan bacaan yang berguna pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat...walaubagaimanapun, tiada halangan untuk pembaca membaca komik/majalah lawak seperti ujang kerana kadang-kala kita perlukan bahan bacaan yang boleh menghiburkan hati...tetapi ingatlah janganlah sampai terleka dan ketawa melampau sangat kerana ketawa terlampau banyak juga tidak elok...

Well...cukup lah setakat itu sahaja...untuk entry yang pertama ini saya ceritakan tentang pendapat saya mengenai minat membaca saya yang banyak mematangkan saya dalam menghadapi hidup yang tidak terduga ini...mungkin entry seterusnya saya akan menceritakan tentang pembacaan saya...^_^

Sekian dari saya, Assalamualaikum

-1N@1R@-